Tular video kit ujian Covid-19 pakai air paip didakwa boleh positif, ini respon pakar kesihatan

Tular video kit ujian Covid-19 pakai air paip didakwa boleh positif, ini respon pakar kesihatan

 

Minggu ini, berlakunya lonjakan ketara jangkitan Covid-19 sehingga melebihi 22 ribu angka sehari di Malaysia. Sehubungan itu selain pelitup muka, tak dinafikan kit ujian saringan wabak tersebut digunapakai secara meluas oleh masyarakat demi menjaga kesihatan serta keselamatan masing-masing.

Viral isu kit ujian Covid-19 pakai air paip pun boleh positif

Walau bagaimanapun, kesahihan keputusan kit saringan kendiri atau Rapid Antigen Test menggunakan sampel air liur kini mula dipersoalkan apabila tular sebuah video kontroversi hari ini. Menerusi berdurasi satu minit 14 saat terbabit, seorang lelaki menguji sebuah kit ujian dengan halakan air paip sebagai pengganti. Apa yang mengejutkan, keputusan ujian yang terhasil menandakan positif ekoran mempunyai dua garisan padanya.

@bibiaqyaa_

tolong jelaskan korang 😌 air paip tu blh sampai 2line ? ada sape2 yg tahu x sbb gapo eah . tlg #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #viralvideo ye .

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Pengguna perlu beli kit ujian diluluskan & disaran oleh KKM saja

Mengulas berhubung video spekulasi tersebut, pakar kesihatan Dr Hanafiah Bashirun berkata hanya kit saringan Covid-19 ‘original‘ saja dapat bertindak balas dengan sampel air liur yang diambil. Justeru itu, orang awam diingatkan supaya periksa dan beli kit ujian kendiri yang diluluskan oleh KKM saja bagi mendapatkan keputusan tepat.

“Pengguna perlu membeli kit ujian kendiri Covid-19 disarankan kerajaan dan di farmasi, ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang.”

 

Jika palsu…ujian terhadap air longkang pun mungkin keputusannya positif juga

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan bahawa terdapat lambakan kit ujian kendiri Covid-19 termasuklah jenis palsu dijual di pasaran sekarang. Maka secara tidak langsung, penggunaan alat saringan yang kurang sesuai akan menyebabkan keputusan tidak jitu terhasil.

“Jika menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 palsu dan melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.

“Harga kit ujian kendiri Covid-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM.

Seriuslah Kit Ujian Covid-19 Pakai Air Paip Boleh Positif? Ini Respon Doktor