Tular video kereta bawa Asad Motawh pasang ‘lampu biru’, ini respon polis trafik
Nama penyanyi remaja, Asad Motawh bukanlah asing lagi dalam industri seni Tanah Air. Walaupun lebih dikenali oleh para remaja, namun kadang-kala tindakannya di media sosial menarik perhatian ramai.
Pasang lampu biru ala polis trafik?
Salah satunya adalah perkongsian yang tular sejak semalam apabila ada pihak memuat naik satu rakaman video dari TikTok menunjukkan seorang influencer dan Asad Mowth menaiki sebuah kereta mewah.
Apa yang membuatkan orang ramai terutamanya netizen di media sosial perasan adalah lampu biru seperti yang digunakan pihak polis trafik telah dipasang serta digunakan di kereta yang dinaiki oleh mereka.
Salam @PDRMsia_Trafik @PDRMsia, nak tanya ni, boleh ke kenderaan awam no plate BPB 4 ni pakai flicker light kaler biru macam polis punya untuk clearkan trafik sebab dia nak kejar masa?
Curious je nak tau ni… ☺️☺️☺️ pic.twitter.com/T2oI2hVDGS
— Indra (@ardnie) June 15, 2021
Katanya nak kejar masa
Video yang diperoleh dari akaun TikTok @shahrizanboy_ itu memperlihatkan ada lampu biru berkelip-kelip ketika kereta tersebut menyusuri trafik.
Dalam kasyen yang disertakan, pengguna Twitter yang memuat naik kembali video berkenaan memaklumkan yang mereka menggunakan lampu tersebut kerana terdesak ingin mengejar masa.
Video berkenaan juga telah dimuat naik oleh laman Twitter Jabatan Netizen Negara dengan meyertakan sekali akaun-akaun Polis Diraja Malaysia serta Polis Trafik bagi memaklumkan hal tersebut.
@PDRMsia , @PDRMsia_Trafik , @JPJ_Malaysia , tolong amik tindakan. Sesuka hati dia jer nak pasang lampu Biru pandu arah. Jenis kenderaan awam no.plate BPB 4. Katanya untuk clearkan trafik sebab dia nak kejar masa. pic.twitter.com/0e9sRbxARA
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 16, 2021
Polis trafik akan siasat
Sehubungan dengan itu, pihak Polis Trafik telah mengambil maklum perkara berkenaan dan memberitahu di akaun Twitter akan menjalankan siasatan terhadap isu ini.
Mereka juga mengucapkan terima kasih kerana memberikan maklumat berhubung tindakan yang dilakukan oleh influencer berkenaan.
Kereta awam mana boleh sesuka hati pasang
Menerusi ruangan komen juga, pelbagai kecaman telah diterima memandangkan tindakan yang dilakukan oleh influencer berkenaan adalah satu perkara yang salah jika sesuka hati meletakkan lampu biru seperti itu di kereta awam.
Para netizen meminta pihak berkuasa segera membuat siasatan dan memastikan mereka tidak terlepas dari sebarang tindakan undang-undang.
Macam naik Grab je
Besar sangat ke macam tu?
Naik motor jela kalau nak elak jammed
Sumber: ohmymedia, Twitter @ardnie, @jnmalaysia