Tular video cumbu bersama wanita di kelab malam, nama Aedy Ashraf kena ‘petik’

Pagi tadi kecoh di media sosial apabila tular satu video yang memaparkan seorang artis lelaki yang asyik berpelukan dengan seorang wanita di kelab malam.
Apabila diselidik, video tersebut dimuat naik seorang pengguna Twitter yang merupakan kekasih kepada wanita yang berpelukan dengan artis berkenaan.
Netizen petik nama Aedy Ashraf?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula mengaitkan isu ini dengan memetik nama pelakon kacak yang sedang meningkat naik, Aedy Ashraf kerana gaya dan bentuk badannya dilihat seakan-akan pelakon filem Tentang Bulan itu.
Yeke Aedy? Macam lain je tu? Ke sama?