Tular video bercium & berpelukan dengan lelaki, Rossa Sera tampil bersuara

Tular video bercium & berpelukan dengan lelaki, Rossa Sera tampil bersuara

 

Tular di media sosial hari ini rakaman video memaparkan bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera sedang ‘dating’ dengan seorang lelaki.

Dalam video itu, Rossa dilihat hanya memakai topi menampakkan rambut sambil berpelukan membuatkan netizen terkejut.

Menjawab kepada isu itu, Rossa tampil dengan satu penjelasan lanjut. Katanya, itu adalah video lama dan dia kini bersama dengan orang lain.

Jelasnya lagi, dulu dia pernah membuat laporan polis selepas ada pihak tertentu cuba untuk mengaibkannya.

rossa sera

Hari ini, sekali lagi ianya berlaku dan Rossa Sera akan membuat laporan polis pada pihak yang cuba mengaibkan dirinya dengan video-video lama.