Tular video bekas suami penyanyi dangdut didakwa belasah isteri baru setengah mati

Baru-baru ini, tular satu video di platform media sosial memaparkan seorang lelaki mendera seorang wanita di sebuah rumah dan hal itu telah menimbulkan rasa marah di kalangan netizen.
Kelihatan di dalam video terbabit terdapat seorang wanita dan kanak-kanak wanita, namun lokasi kejadian tidak diketahui.
Jantan tak guna! Elok kerat kotey dia bagi anjing makan!
⚠️TW⚠️ pic.twitter.com/Q8gXOsE8Dm
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) November 17, 2022
Malah, kanak-kanak perempuan yang bersebelah dengan wanita tersebut seakan-akan ketakutan dan menangis sambil mengangkat tangan tanda memohon maaf.
Difahamkan daripada kapsyen video tersebut, lelaki tersebut dikatakan adalah bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut.
Dia dera bini baru pulak tolong viralkan… dia dah dera separuh mati.
Dalam pada masa yang sama, wanita tersebut dikatakan sudah berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan laporan polis juga sudah dilakukan.