Tular video bantu Mawla kupaskan kulit udang cetus perdebatan netizen

Tular video bantu Mawla kupaskan kulit udang cetus perdebatan netizen

 

Kehadiran seorang individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang juga dikatakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad ke Malaysia baru-baru ini telah menjadi perdebatan ramai.

Ada di antara mereka meragui status tersebut walaupun sebahagian pihak telah menunjukkan bukti bahawa nasabnya adalah benar.

Tak selawat pun?

Namun, beberapa video menunjukkan kehadiran individu itu di dalam majlis maulid telah mendapat perhatian ramai kerana dilihat hanya duduk sahaja tanpa mengikuti selawat ataupun memberikan ceramah kepada hadirin yang ada.

Siap kupaskan udang

Dalam pada itu, video seseorang membantunya mengupas kulit udang di dalam pinggan ketika mahu menikmati juadah turut menjadi perdebatan netizen di media sosial kerana begitu pelik melihat ramai pihak menyanjunginya sehingga ke tahap tersebut.

Taksub sangat la pulak

Oleh sebab itu, netizen- netizen di ruangan komen Twitter @rulduff telah berbalah mengenai perkara tersebut. Kebanyakan mereka merasa tindakan mengupas udang dan melayan Mawla berkenaan secara berlebihan seakan tidak wajar.

Kalau keturunan pun, kenapa sanjung melampau

Tak pernah nampak pun dia bagi ceramah

Dia tetap manusia biasa kan

Biasa je layan tok guru di pondok macam tu

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan tindakan tersebut adalah wajar kerana ramai sahaja yang melakukan sebegitu kepada tok guru mereka sebagai tanda hormat.

Mereka juga meminta supaya netizen tidak berlebihan dalam mengeluarkan kata-kata kerana bimbang boleh mejadi satu fitnah.

Dari zaman nabi lagi, nabi dah dibenci,Ā  tak pelik la sebab dia keluarga nabi juga

Kalau tak faham tanya ustaz2, jangan main fitnah saja

Namun begitu, ada satu perkongsian dari seorang warga Malaysia yang menetap di Morocco mengatakan yang individu tersebut tidak diiktiraf di negaranya dan meminta orang ramai supaya tidak mempercayai perkara-perkara tersebut.

Dia ni scam?

Wanita menggunakan nama @ze_nazri itu juga memaklumkan yang penduduk di Morocco tidak bergaul dengan individu terbabit dan berharap agar para pemujanya berhenti melakukan hal berkenaan.

Akan tetapi, dia sama sekali tidak melarang mereka yang ingin memuja mawla terbabit kerana ia hak masing-masing, namun memaklumkan apa yang ditulis adalah dari penjelasan warga tempatan.Ā 

 

Orang tempatan pun tak bergaul dengan dia

Ramai yang tunjuk bukti dia keturunan nabi

Tak boleh terima takpe, teruskan memuja

Apa-apa pun, terpulang kepada masing-masing untuk mempercayai ataupun tidak semua info yang dinyatakan kerana ia adalah hak peribadi sama ada mahu menyangjungi individu terbabit ataupun sebaliknya.