Tular video anak lelaki menangis di hari pernikahan, netizen persoal tiada kelibat AC Mizal

Tular video anak lelaki menangis di hari pernikahan, netizen persoal tiada kelibat AC Mizal

Baru-baru ini, anak lelaki pengacara popular, AC Mizal bersama bekas isteri iaitu Muhammad Shabil Iman telah selamat disatukan bersama pasangan pilihan hatinya.

Video sekitar majlis pernikahan tular di media sosial, lagi-lagi apabila netizen berasa sebak melihat Shabil tidak henti-henti menangis sepanjang majlis pernikahan berlangsung.

@acmizal7

Selamat pengantin baru buat muhammad shabil iman šŸ„¹šŸ¤ #acmizal #shafniezainuddin #shabiliman #foryoupage #fyp

ā™¬ original sound – bigboss – bigboss

Susulan itu, kebanyakkan netizen persoalkan keberadaan AC Mizal yang sama sekali tidak kelihatan di majlis pernikahan tersebut biarpun dia merupakan bapa kandung kepada Shabil.

komen

Bahkan, ada yang berkata AC Mizal kini sedang sibuk menghantar anak lelakinnya, Reeve Damian sambung belajar ke luar negara.

komen

Video Shabil menangis sebelum akad nikah itu telah meraih hampir 90,000 tanda suka dan sebanyak 2.6 juta tontonan di platform TikTok.