Tular video Akhyar Rashid kesakitan di pusat perubatan, didakwa jadi mangsa samun & pukul

Tular video Akhyar Rashid kesakitan di pusat perubatan, didakwa jadi mangsa samun & pukul

 

Malam tadi, tular sebuah video di X memaparkan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa berada di sebuah pusat perubatan dalam keadaan sakit dan cedera di kepala.

Akhyar didakwa menjadi mangsa samun dan pukul dalam satu kejadian yang dikatakan berlaku di Terengganu.

Difahamkan Akhyar yang menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) musim ini telah mengalami kecederaan di bahagian kepala kerana dipukul oleh individu yang tidak dikenali, lapor Harian Metro.

Setakat ini, punca kejadian masih lagi tidak diketahui sama ada ia bermotifkan rompakan atau dendam dan keadaan terkini pemain itu juga masih menjadi tanda tanya.

Hasil carian di laman Instagram Akhyar juga mendapati pemain bola sepak tersebut tidak memuat naik sebarang perkembangan terbaharu mengenai dirinya.

Akhyar menyertai TFC pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT).

Teruk 1714663057

Dia juga yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjamkan dari Harimau Selatan, Safawi Rasid.