Tular tarikh PRU15 dijadualkan Oktober ini
Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijadualkan pada 8 Oktober tahun ini.
Perkara itu tular di media sosial pada Sabtu yang turut memaparkan tarikh pembubaran Parlimen serta hari penamaan calon.
Pemilik akaun Twitter @La_FarEast yang membuat hantaran tersebut menyoal mana-mana pihak yang boleh mengesahkan perkara itu.
Menerusi gambar yang dikongsikan pemilik akaun berkenaan, tarikh pembubaran Parlimen dijadualkan pada 1 September manakala hari penamaan calon pada 25 September.
“Siapa boleh sah kan?” soalnya menerusi hantaran berkenaan.
Siapa boleh sah kan? pic.twitter.com/yUlNRUO4Pu
— š²š¾š“La FarEast – biru yang lebih muda š (@La_FarEast) May 28, 2022