Tular suara dalam audio ‘perbualan bersama Ismail Sabri’, akhirnya Adun Melaka buka mulut

Tular suara dalam audio ‘perbualan bersama Ismail Sabri’, akhirnya Adun Melaka buka mulut

 

Seorang ahli Umno di Melaka yang merupakan salah seorang dari empat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri baru-baru ini menafikan beliau adalah suara lelaki dalam sebuah perbualan telefon yang kononnya bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Klip audio berdurasi tujuh minit yang disebarkan kepada beberapa laman sesawang berita termasuk MalaysiaNow, didakwa merupakan perbualan antara Ismail dan Adun Sungai Udang dari Umno Idris Haron yang merupakan salah seorang yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali sehingga menumbangkan kerajaan yang diketuai Umno tersebut sekali gus menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

MalaysiaNow tidak dapat mengesahkan identiti pihak yang menyebarkan klip audio tersebut.

Ketika ditanya sama ada beliau dapat mengesahkan klip tersebut Idris menafikan suara dalam klip itu adalah milik beliau: “Bukan setakat yang saya tahu.”

Dalam klip tersebut, suara yang didakwa milik Ismail didengar berkata beliau ditekan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan pembangkang di samping merayu Idris mempertimbangkan semula keputusan untuk menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Sementara itu, suara yang didakwa milik Idris pula berkata tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut, mengatakan mustahil untuk beliau bekerja dengan ketua menteri.

Suara itu juga turut mendakwa dia memiliki “angka” untuk menubuhkan kerajaan baru dengan sokongan daripada Adun DAP disusuli suara satu lagi menyatakan tidak bersetuju dengan langkah Idris tersebut.

“Ye la, tapi dari segi prinsip kita lah, kita tak nak dengan DAP, cuba kau dengan DAP, tak syok juga. Tak kan sanggup kau jadi ketua menteri, DAP dengan kau?” kata suara pemanggil dalam audio tersebut dan menambah beliau menolak cadangan kerajaan perpaduan bersama pembangkang walaupun diberikan tekanan.

“Aku tak setuju, aku kata no. Untuk kepentingan Melayu, aku tak kan.”

Berhubung perkara tersebut, suara yang didakwa milik Idris itu berkata pendiriannya bekenaan DAP berubah selepas Ismail menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Ia merujuk MoU yang termeterai pada 13 September yang ditandatangani oleh Ismail dan pemimpin PH selepas sekitar tiga minggu selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri disebabkan beberapa gesaan Istana Negara supaya gencatan politik diambil untuk memberi laluan tumpuan diberikan kepada perang melawan Covid-19.

Sementara itu, pemanggil tersebut berkata sebuah tawaran dari Sulaiman untuk mengadakan persetujuan keyakinan dan perbekalan ditolak oleh pembangkang di Melaka.

Pada 4 Oktober, Idris dan tiga lagi Adun – Nor Azman Hassan dari Umno, Noor Effandi Ahmad (Bersatu) dan Adun bebas Norhizam Hassan Baktee, berkata mereka telah hilang keyakinan terhadap Sulaiman.

Ia juga susulan Yang di-Pertua Melaka Mohd Ali Rustam bersetuju dengan permohonan Sulaiman untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

 

Sumber: MalaysiaNow

COMMENTS