Tular sijil lahir bayi lelaki catat nama ‘berbintikan’ bapa

Tular sijil lahir bayi lelaki catat nama ‘berbintikan’ bapa

 

PERKATAAN bin dan binti ada sisten nama bagi menunjukkan seseorang itu adalah anak lelaki atau perempuan kepada pasangan Muslim di negara ini.

Namun perlu difahami dua perkataan itu tidak digunakan di negara luar berbanding negara ini dimana ia menjadi amalan untuk semua umat Islam.

Lain pula kisahnya apabila seorang bayi lelaki Muslim yang baru dilahirkan di negara ini telah di’binti’kan dengan nama bapanya.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita di laman Twitter, yang hanya mahu dikenali sebagai CheTom atau @zt000tz.

Menurut CheTom, dia terkejut apabila anak saudara lelakinya yang dilahirkan pada 2 April lalu telah dibintikan dengan nama bapanya.

“Pada awal bulan ini saya dapat berita mengenai kehadiran ahli keluarga baharu. Tapi hari ni (Isnin), baru tahu my nephew (anak saudara lelaki saya) tu dalam birth certificate (sijil kelahiran) dia tercatat binti.

“Memang dorang (ibu bapa) dah checked (periksa) sebab asalnya pegawai salah taip tiga hingga empat kali pada ejaan nama. Bila print benda lain yang ditukarnya, ” katanya kesal berikutan sijil kelahiran itu yang disalah cetak pihak JPN.

Ketika ditanya sama ada keluarganya akan mengambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab, CheTom menafikan perkara itu, sebaliknya akan membuat aduan semula ke Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) untuk membetulkan kesilapan tersebut.

“Tindakan yang perlu adalah kena pergi buat amendment (pindaan). Memang terpaksa, benda tu nampak petty tapi salah.

“Benda berkaitan dengan JPN ni memang leceh, tapi nak atau tak nak kena buat juga,” katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, kesilapan itu juga mungkin berlaku akibat ibu bapa bayi tersebut dan JPN sendiri terlepas pandang.

“Mungkin pegawai tu penat berpuasa kot. It’s clearly human mistake (Ini sememangnya kesalahan manusia),” ujarnya.