Tular Saga hitam mahu ‘reverse’ terlepas simpang, mujur ‘safety features’ kereta tempatan jadi penyelamat kemalangan

Tular Saga hitam mahu ‘reverse’ terlepas simpang, mujur ‘safety features’ kereta tempatan jadi penyelamat kemalangan

 

Musim-musim perayaan ni, ‘of course’ lah kita akan spend banyak masa di atas lebuhraya. Tapi, jangan la pulak kita bersikap pentingkan diri sendiri sampai abaikan keselamatan diri sendiri dan orang lain di atas jalan.

Sebuah video ‘dashcam’ yang dimuat naik oleh seorang pengguna di X, telah merakamkan sebuah kereta yang dilihat mengundur setelah terlepas simpang.

Tindakan itu telah mengakibatkan dua biji kereta lain termasuk sebuah Proton X50 yang mengikuti rapat terpaksa ‘break’ mengejut. Dua biji kereta itu difahamkan milik keluarga yang sedang berkonvoi raya.

Apa yang mengagumkan, salah sebuah kereta itu berjaya mengelakkan insiden yang mungkin lebih buruk berlaku meskipun terlalu rapat dengan kereta di hadapan.

Pemandu itu menjelaskan, nasib mereka baik kerana terdapat ‘safety features’ yang menggunakan teknologi AEB atau ‘Autonomous Emergency Braking’ dan ‘ADAS’ yang diaktifkan secara automatik seterusnya mengelakkan berlakunya perlanggaran kereta.

Meskipun begitu, kesemua mereka di dalam kereta terbabit dikatakan ‘bergolek’ impak daripada break itu, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

“Bergolek kita orang dalam kereta. Serius masa ni dah redha kena langgar. Alhamdulilah Syukur, tahu-tahu steering bergerak sendiri dan break emergency”

Apa yang mengejutkan, kereta yang berhenti secara tiba-tiba itu masih lagi bertindak mengundur meskipun menyedari mereka telah melakukan kesilapan yang mungkin mengakibatkan kemalangan serius.

“Kau dah terlepas simpang, nak reverse masuk simpang, siap bagi isyarat tangan suruh reverse”

Keluarga ini juga bernasib baik kerana tiada kenderaan lain yang sedang laju di lorong kanan, sekaligus mengelakkan daripada berlaku perlanggaran.

Screenshot 2024 04 12 At 1.08.29 Am E1712855519695

Rata-rata netizen memuji kehebatan teknologi yang digunakan kereta tempatan itu dan mencadangkan semua kereta perlu ada bagi keselamatan pemanduan.