Tular pengantin lelaki bersanding tanpa isteri, rupanya ada kisah sedih di sebaliknya

Tular pengantin lelaki bersanding tanpa isteri, rupanya ada kisah sedih di sebaliknya

 

Seorang pengantin lelaki sanding sendiri apabila isteri yang sudah setahun dinikahinya meninggal dunia dua minggu sebelum majlis resepsi mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok milik Ewansani84, pengantin lelaki dipercayai berasal dari United Kingdom telah bersanding sendirian dengan lengkap memakai pakaian songket dan majlis berjalan dengan adat Melayu.

@ewansani84

Walaupun nmpk happy dlm hati dia je yg tahu..

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Ternyata, isteri yang sudah setahun dinikahi di Jepun dikenali sebagai Nur Farah Asykin Mohd Saleh, 35 telah meninggal dunia dua minggu sebelum majlis resepsi tersebut disebabkan kanser limfoma.

Dalam pada itu, momen sewaktu pengantin lelaki dikenali sebagai Daniel mengambil baju untuk hari persandingannya telah menjadi perhatian apabila dia kelihatan sebak sewaktu memegang busana yang sepatutnya digayakan isteri.

Menerusi posting yang dibuat akaun kutiqandaman, allahyarham pengantin ada beberapa kali memberitahu tentang perkembangan kesihatannya ketika majlis semakin hampir.

Ternyata, Allah S.W.T lebih menyayanginya dan tidak sempat untuk menyarung baju yang sepatutnya digayakan di majlis resepsi tempoh hari.

@kutiqandaman

AlFATIHAH utuk mu dik🫂❤️💕….#farahAshikin tenanglah disana#majlis X kesampaian#cancer#kebaya hijau utk suami🥲salam tahziah utk kluarga/suamifarah

♬ Kau Pergi Jua – Adam Ahmad

Rata-rata yang menonton kedua-dua video terbabit akui sebak melihat reaksi suami kepada allahyarham Farah yang masih kuat mengukir senyuman walaupun telah kehilangan isteri yang sudah setahun dinikahinya.

Mereka juga turut mendoakan agar Daniel kuat menempuhi ujian hebat ini dan allahyarham pengantin perempuan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.