Tular masjid beli PC canggih cecah harga puluhan ribu ringgit cetus persoalan ramai

Tular masjid beli PC canggih cecah harga puluhan ribu ringgit cetus persoalan ramai

 

Kecoh di media sosial apabila tular tentang ahli jawatankuasa sebuah masjid yang membeli PC dengan harga mencecah puluhan ribu ringgit. Ianya sekaligus membangkitkan persoalan ramai sama ada ianya wajar atau tidak untuk dibeli pada harga yang agak mahal itu.

Perkongsian gambar dari quotation yang dikongsikan di laman Twitter itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada juga yang menganggap harga tersebut terlalu mahal untuk membeli PC bagi kegunaan di masjid sahaja dan menjadi satu pembaziran.

“Kalau setakat nak tayang slide agama, video ceramah atau audio, maka specs ini sangat mahal untuk tujuan itu.”

Menerusi perkongsian yang tular itu, individu tersebut mempertikaikan harga PC yang dibeli oleh sebuah masjid di Miri, Sarawak itu yang dianggap keterlaluan dari sepatutnya. Berdasarkan gambar yang dikongsikan itu, PC tersebut mencecah harga puluhan ribu ringgit sekaligus membuatkan ramai terkejut melihatnya.

Oleh itu, ramai yang mempersoalkan keperluan PC dengan spesifikasi yang begitu canggih itu diletakkan di masjid. Biasanya PC di masjid hanya digunakan untuk tujuan aktiviti seperti ceramah, kuliah agama atau tayangan video serta audio sahaja.

Dalam masa yang sama, ada netizen yang memberitahu dengan spesifikasi secanggih itu, ia selalunya lebih sesuai digunakan oleh para gamers sahaja. Namun ada juga yang menganggap mungkin juga harga tersebut menjadi terlalu mahal dek kos penghantaran dari Semenanjung yang jauh lebih mahal.

“1st why PC Image mahal, asbab shipping cost. Most supplier PC area semenanjung…”

pc

“Masjid ni memang besar. Baru lepas renovation jugak. Lepas re-opening diorang selalu buat ceramah live di fb boleh dikatakan hari-hari.”

komen

“Ni nak tarik anak-anak muda ke masjid ni. Lepas solat jemaah ada aktiviti gaming berjemaah pulak.”

netizen

“Tak salah berbelanja untuk agama tapi agama juga larang dari membazir…”

pc masjid