Tular kelibat Long Tiger dirakam menerusi CCTV?

Tular kelibat Long Tiger dirakam menerusi CCTV?

 

Sebelum ini, seorang lelaki warga Myammar dikenali sebagai Long Tiger dilaporkan telah meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret, Tangkak.

Menurut laporan Kosmo, terdapat kelibat seorang lelaki menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) mirip seakan ‘Long Tiger’ dirakam.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki berkepala botak yang memakai baju berwarna putih sedang lari di sebuah lorong belakang premis.

Tangan lelaki itu juga didapati berbalut dengan kain putih. Bagaimanapun, lokasi dan waktu rakaman itu masih tidak dapat dipastikan.

Mungkin ianya adalah dua pelanduk serupa atau benar-benar suspek. Apapun, semoga lelaki warga Myanmar itu dapat ditahan kembali pihak polis dengan segera.