Tular jual stokin tertera kalimah Allah, KK Super Mart mohon maaf & henti penjualan

Tular jual stokin tertera kalimah Allah, KK Super Mart mohon maaf & henti penjualan

 

Tular semalam di media sosial mengenai isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di salah sebuah cawangan kedai runcit ternama iaitu KK Super Mart, Bandar Sunway.

Hantaran yang dimuat naik oleh @firdauswong di Instagram telah membuatkan ramai pengikutnya berasa kecewa dengan kecuaian pihak pengurusan KK Super Mart.

Kk 4

Dalam hantaran tersebut, Firdaus Wong menunjukkan gambar sepasang stoking berwarna putih yang jelas tertera kalimah Allah. Kalimah tersebut diletakkan di bahagian getah stoking dan ia dijual dengan harga RM6.99.

Kk 5

Firdaus bagaimanapun meluahkan rasa kecewa di kapsyen hantaran tersebut serta meminta pihak berkuasa siasat isu penjualan stoking tersebut.

Bagaimana stoking yang tertulis ‘Allah’ ini boleh dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway? Terlepas pandang atau kurang sensitif? Harap pihak berkuasa siasat segera.

Di ruangan komen juga, ramai pengikutnya turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak pengeluar stoking.

Kk 1 Kk 2

Bagaimanapun, pihak pengurusan KK Super Mart telah membuat permohonan maaf kepada umum mengenai kesilapan penjualan stoking jenama MIRANOSOCK di cawangan KK Super Mart Bandar Sunway.

KK Super Mart juga menjelaskan stoking tersebut merupakan produk consignment (aturan barang yang ditinggalkan oleh pihak ketiga untuk dijual) dan mereka juga telah berhubung dengan pihak vendor bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

May be an image of text that says 'c2024 KK 2a PERMOHONAN MAAF ATAS MIRANOSOCK (249377-A) Gading, Malaysia, 13Mac2024 MART Merujuk perkara diatas. MIRANOSOCK khususnya. SUPER MART Kami memohon maaf atas MART produk CHANG memandang serius akan insiden merupakan vendor Tindakan serta merta telah produk adalah produk 'consignment' daripada vendor. Kami berhubung dengan vendor mendapatkan penjelasan berhubung kami KK khususnya kepada juga berterima diatas keprihatinan memberi terhadap isuini Sekali perkara seperti tidak berlaku kasih. telah dan memohon Sekian. CHANG BHD MiranoSockRM6.99 MiranoSock'

Meninjau di ruangan komen, tindakan pantas pihak KK Super Mart telah dipuji oleh pengguna Facebook.

Kk 6 Kk 7