Tular isu lelaki berambut panjang dipaksa pakai tudung, Masjid Negara mohon maaf secara terbuka

Tular isu lelaki berambut panjang dipaksa pakai tudung, Masjid Negara mohon maaf secara terbuka

 

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kisah seorang lelaki berambut panjang ditegur oleh seorang wanita yang bertugas di sebuah masjid agar menutup aurat ketika berada di dalam masjid tersebut.

Ini kerana wanita petugas masjid itu salah faham dan menyangka bahawa lelaki berambut panjang itu adalah seorang wanita.

Dalam video yang tular itu, lelaki berambut panjang itu kemudiannya menjawab kepada makcik itu bahawa dirinya adalah seorang lelaki meskipun berambut panjang namun makcik tersebut tetap menyuruh lelaki itu menutup rambutnya walaupun dia ialah kaum Adam.

@mooi1999taylorsversion

Penat la jadi lelaki Lawaaa 🥹🩵 auntie masjid ni confused ask me tutup rambut ..and i’ll be like *_* ???🧕🏼

♬ original sound – mooi99 – mooi99

Ekoran kejadian itu, pihak pengurusan Masjid Negara Malaysia menerusi satu kenyataan di Facebook membuat permohonan maaf secara terbuka kepada lelaki itu atas kekhilafan wanita terbabit yang merupakan pengawal keselamatan wanita di masjid itu.

4

Dalam permohonan maaf menerusi Facebook itu, pihak Masjid Negara turut menjelaskan bahawa wanita tersebut merupakan pengawal keselamatan wanita yang dilantik menerusi pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan.

Pengawal keselamatan itu juga telah diberi teguran agar lebih peka dalam menjalankan tugas.

Untuk para pengunjung pula, anda boleh mengemukakan sebarang aduan berkenaan tindakan mana-mana pengawal keselamatan menerusi kod imbas yang telah disediakan di meja pos pengawal keselamatan di masjid itu.

Masjid Negara juga akan memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi agar imej institusi masjid kekal terpelihara.