Tular isu individu didakwa berketurunan Nabi Muhammad SAW, ini respon Ustaz Azhar Idrus

Tular isu individu didakwa berketurunan Nabi Muhammad SAW, ini respon Ustaz Azhar Idrus

 

Sejak akhir-akhir ni tular mengenai isu seorang individu dari Maghribi yang dikatakan datang daripada salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW dan mendakwa dirinya merupakan cicit yang ke-38.

Perkara ini mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya meragui kesahihan keturunan individu tersebut.

Ustaz Azhar Idrus beri pandangan

Terbaru, Ustaz Azhar Idrus memberikan pandangannya selepas salah seorang jemaah bertanyakan mengenai isu tersebut ketika melakukan ceramah di sebuah masjid.

@muhammad.ikram997

#ustazazharidrus #fyp

♬ original sound – Muhammad Ikram – Muhammad Ikram

Menurut UAI, perkara itu tidak menjadi masalah kerana individu tersebut datang ke Malaysia dengan cara yang betul serta hanya dijemput bagi memeriahkan majlis di sekitar negara sempena sambutan Maulidur Rasul.

Cuma kita (UAI) nak tanyalah, dia datang tu buat apa? Dia datang majlis Maulidun Nabi, betul tak? Dia bagi ceramah atau tidak? Dia ada kutip(ambil) duit orang tak?

Dia cop passport dari Maghribi, masuk (Malaysia) dengan halal.

Tambah UAI lagi, isu ini seharusnya diserahkan kepada pihak bertanggungjawab serta badan yang sepatutnya bagi mengenal pasti sama ada individu tersebut datangnya dari keturunan Rasulullah SAW atau sebaliknya.

Kalau dia keturunan Nabi, kenapa? Dan kalau dia bukan dari keturunan Nabi pun kenapa? Dia ada kutip duit?

Jadi kita serahkan kepada pihak yang berkuasa, yang ada autoriti untuk memastikan adakah dia merupakan keturunan Nabi ataupun sebaliknya. Nanti kerajaan akan membuat keputusan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan Ustaz Azhar dan menyatakan bahawa pandangan itu sangat bernas dan bijak.

Betul juga apa yang Ustaz Azhar katakan tu, biar mereka yang ada autoriti yang sahkan segalanya. Jangan kita pula yang nak memandai-mandai.