Tular influencer tidak dibenarkan ‘check in’ bagasi sebab lambat 5 minit, abang captain tampil beri penjelasan
Usahawan kunafa terkenal, Ojen Aiwah baru-baru ini meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa ‘berlenggang’ tanpa bagasi untuk sesi jelajahnya ke Sarawak. Uish apa kes?
https://www.tiktok.com/@bangkept/video/7298547669339868423?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Menurut juruterbang ini, kaunter ‘check in’ bagasi kebiasaannya akan dibuka dua jam sebelum ‘departure’.
Sebagai contoh, jika ‘departure’ jam 8 malam, seawal 6 petang penumpang dah boleh ‘check in’ di kaunter. Kaunter akan ditutup satu jam sebelum ‘departure’ iaitu jam 7 malam.
Kalau dah tahu dia tutup kaunter sejam sebelum datanglah awal. Nak bawak satu kampung, nak bawak 15 orang takpe tapi datanglah awal.
Sebaiknya cuba buat online, sekarang ni dah senang dah boleh buat online. Check in online, pergi dekat airport just drop bag je. Kaunter drop bag pulak buka 3 jam sebelum.
Jelas juruterbang ini, masalah tidak akan timbul jika penumpang datang awal seperti arahan yang telah diberikan.
Perkara kedua yang diterangkan ialah prosedur di gate kapal terbang, semua syarikat penerbangan ada prosedur tersendiri.
Kita bukan boleh masuk kapal terbang macam naik bas, macam naik grab.
Katanya lagi, jika penumpang terlambat, krew ada kuasa untuk tidak membenarkan penumpang yang lambat untuk masuk kapal terbang.
Sebagai contoh, Air Asia tutup gate 20 minit sebelum penerbangan, MAS pula 30 minit dan Batik Airlines 15 minit.