Tular ibu tunggal dibantu Ebit Lew, suami tampil perjelas situasi sebenar

Tular ibu tunggal dibantu Ebit Lew, suami tampil perjelas situasi sebenar

 

Tak perlu tunggu berbulan-bulan, submit dokumen atau sebagainya tapi jika ada sahaja terlihat atau kedengaran mana-mana individu dalam kesusahan pasti Ustaz Ebit Lew antara individu terawal akan muncul.

Sejak beberapa hari lalu, kebaikannya membantu seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai penghantar makanan menjadi perhatian.

Suami dah lama terpisah, masih dalam proses mahkamah

Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Ebit menjelaskan wanita berusia 23 tahun yang dibantunya itu mempunyai seorang anak perempuan selain sudah berpisah dengan suami.

Bagi menyara kehidupannya dan juga anak, ibu tunggal yang juga seorang yatim tersebut bertindak menjadi penghantar makanan namun secara berjalan kaki dan bukan menggunakan motor seperti orang lain.

Kami masih baik, masih contact sebab sama-sama uruskan anak sekarang…Duduk pun dekat-dekat cuma status kami dalam proses

Namun di ruangan komen, seorang lelaki bernama Fakhrul Rosli tampil menafikan dirinya dan juga wanita bernama Amy sudah lama berpisah.

Jelasnya meskipun tinggal berasingan, namun hubungan mereka berdua masih lagi baik dan berhubung demi kepentingan anak.

Namun status terkini suami isteri tersebut masih lagi lagi dalam proses dan sepatutnya menerima keputusan mahkamah hari ini.

Viral Ibu Tunggal Cantik Dibantu Ebit Lew, Suami Tampil Jelas Situasi Sebenar 2

Viral Ibu Tunggal Cantik Dibantu Ebit Lew, Suami Tampil Jelas Situasi Sebenar 3

Saya pun masih sayangkan hubungan kami…Mungkin Allah jentik sikit untuk sedarkan kami

Dalam pada itu, dia dilihat turut dinasihati untuk mempertimbangkan balik soal perpisahan bersama wanita berkenaan.

Jelas Fakhrul, jauh di sudut hati memang masih amat menyayangi isterinya dan juga anak selain berharap masih dapat pertahankan rumah tangga lagi.

Justeru itu, dengan rasa rendah diri lelaki berkenaan meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Viral Ibu Tunggal Cantik Dibantu Ebit Lew, Suami Tampil Jelas Situasi Sebenar 4