Tular Hafiz Suip bertumbuk di jalan raya, rakan tampil cerita hal sebenar
Tular video juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz Suip bergaduh di tengah jalan raya.
Ramai terkejut selepas melihat rakaman video yang tular itu, lebih-lebih semua orang tahu perwatakannya yang lemah-lembut.
Daripada rakaman video berdurasi hampir satu minit itu, kelihatan Hafiz sangat tidak berpuas hati dengan seorang lelaki.
Walaupun dihalang rakannya, Hafiz masih cuba mahu mendekati lelaki tersebut.
Memetik The Reporter.my, seorang individu, Uthman Daud, mendakwa dirinya rakan kepada Hafiz tampil berkongsi kisah sebenar yang berlaku disebalik rakaman video yang tular itu.
“Mungkin ada yang tengok video viral pergaduhan Hafiz Suip yang berlaku selepas Solat Jumaat tadi. Oleh sebab video yang tersebar hanya sekejap, biarlah saya menerangkan kronologinya.
“Selepa Solat Jumaat, kami dalam perjalan untuk membeli hamper untuk menziarahi rumah keluarga peminat Hafiz yang sudah meninggal dunia kerana semalam adalah hari ke-100 pemergiannya.
“Ketika dalam perjalanan ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku di antara kedua-dua belah pihak,” kata Uthman.
Tambahnya lagi, keadaan menjadi semakin tegang apabila lelaki tersebut menyekat kereta kami. Kemudian menyembur muka Hafiz dengan pepper spray.
“Saya cuba meleraikan keadaan, tetapi pemandu itu masih meluru ke arah Hafiz. Muka saya juga disiku dan disembur pepper spray sehingga sesak nafas.
“Jadi, saya pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” jelas rakan Hafiz itu.
Memetik laporan The Reporter.my lagi, Uthman dan Hafiz kemudian pergi membuat laporan polis.
Kemudian kedua-dua terus menuju ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila kulit mereka masih pedih terkena semburan pepper spray.