Tular gambar ‘flyover’ seakan retak, ini respon pantas Menteri Kerja Raya

Tular gambar ‘flyover’ seakan retak, ini respon pantas Menteri Kerja Raya

 

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang keadaan terkini sebuah flyover di Kuala Lumpur yang seakan retak dan perkara ini sudah tentu telah menimbulkan kegusaran ramai kerana ramai yang menggunakan jalan flyover itu untuk ke destinasi masing-masing.

Perkara tersebut pada mulanya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abdul Rahman A Said sebelum ia dikongsikan semula di platform X.

Difahamkan, flyover itu terletak berdekatan dengan Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

5 1

Dalam gambar yang tular itu, dapat dilihat bahawa keadaan terkini flyover itu seakan retak dan paling membimbangkan, keretakan tersebut semakin besar jika dibandingkan dengan sebelum ini.

6 2

Walau bagaimanapun, perkongsian orang awam tentang keadaan flyover itu telah mendapat perhatian Menteri Kerja Raya iaitu Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuhraya SPE untuk turun ke tapak secepat yang mungkin untuk membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.

Orang ramai juga menggesa pihak berkaitan untuk membaiki keadaan flyover itu jika benar ia retak agar sebarang kemalangan di kawasan itu dapat dielakkan.