Tular gambar chef popular, Burak Ozdemir pakai baju pesakit di hospital, wajah nampak susut & ‘lain’

Tular gambar chef popular, Burak Ozdemir pakai baju pesakit di hospital, wajah nampak susut & ‘lain’

 

Memiliki lebih 34 juta pengikut di Instagram, Chef selebriti terkenal dari Turki, Burak Ozdemir dikhabarkan menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hopsital di sana, selepas tular beberapa keping gambarnya mengenakan pakaian yang sinonim dengan pesakit di hospital.

Foto-foto berkenaan turut dikongsikan oleh beliau sendiri di laman Instagramnya. Dalam perkongsian berkenaan, memperlihatkan beliau sedang berada di atas katil hospital dengan mengenakan pakaian pesakit berwarna biru dan penutup kepala.

Namun yang paling mencuri tumpuan adalah keadaan fizikalnya dimana wajahnya dilihat sedikit susut berbanding imej yang sering ditampilkan dalam video-video masakannya sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa kehadirannya ke hospital adalah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan biasa.

Chef Burak juga turut berkongsi video di TikTok semasa menerima rawatan di hospital.

Tidak dinafikan jika anda menonton videonya ketika di hospital, senyuman lebarnya seakan ‘terhenti’ seketika membuatkan ramai yang suka menonton video masakan terkesan dan sebak dengan hal ini.

@cznburak

❤️❤️🤲🤲

♬ orijinal ses – 卩卂乃ㄥㄖ

Terbaharu di laman TikTok miliknya turut berkongsi satu video yang membuatkan ramai pengikutnya sebak dan sedih.

“Jika anda kehilangan saya suatu hari nanti, ingatlah saya ketika melihat ini…”

@cznburak

❤️❤️❤️🤲🤲🤲

♬ follow me – paidaly.zat

Beliau cukup terkenal dengan teknik memandang tepat pada kamera ketika sedang memasak dan senyuman lebarnya cukup mencuit hati seluruh pengguna media sosial di dunia.

Selain itu, beliau juga terkenal dengan kerja-kerja amalnya apabila sering menyediakan juadah dalam skala yang besar dan mengagihkannya kepada individu tidak berkemampuan, khususnya di Turki.

Malah, beliau juga terkenal dalam kalangan individu kenamaan global seperti selebriti Hollywood dan bintang bola sepak dunia. Antara yang pernah singgah di restorannya adalah bintang MMA, Khabib Nurmagomedov, bintang Real Madrid, Marcelo dan juga pemenang 7 kali Ballon d’Or, Lionel Messi.