Tular di media sosial Ipoh, Gua Musang bakal gempa bumi 16 minit?

Ramalan dikeluarkan oleh Pusat Seismologi Kebangsaan India, gempa bermagnitud 5.1 pada skala Richter itu diramalkan berlaku 10km di bawah bumi.
Sementelah, pusat gempa pula di Ipoh, Perak pada Rabu (26 Mei 2021) pukul 9.38 malam waktu tempatan.

Berdasarkan data seismik awal yang dikeluarkan di VolcanoDiscovery.com gempa tersebut seharusnya tidak menyebabkan kerosakan besar.
Gegaran lemah mungkin terasa di beberapa daerah Perak seperti Kuala Kangsar, Taiping dan Bagan Serai serta Gua Musang, Kelantan.
Menurut pakar geologi Malaysia akaun Facebook Omén Necrofis terdapat ralat notikasi gempa bumi seumpama itu sering berlaku.
“Ralat gempa bumi di Gua Musang, Kelantan.
“Sering terdapat ralat notifikasi gempa daripada sebuah aplikasi. Jabatan Meteorologi Malaysia dan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia tidak merekodkan apa-apa gempa di kawasan tersebut.
“Jika gempa bumi sekuat magnitud 5 skala Richter di Sumatera Utara (pada kedalaman cetek) pun boleh mengegarkan bangunan tinggi di sekitar pantai Barat, apatah lagi jika magnitud 5.1 skala Richter di tengah-tengah Semenanjung.
Selain itu, beliau menambah gempa pada magnitud kecil disebabkan oleh pelbagai faktor, namun Semenanjung Malaysia tidak akan menjana gempa bumi kuat.
“Semenanjung Malaysia relatifnya tidak menjana gempa bumi kuat. Gempa bumi yang berlaku dalam magnitud kecil mungkin disebabkan pengaruh air empangan dan kesan proses pengangkatan jasad batuan batolik Banjaran Titiwangsa serta tidak terletak dalam dalam Lingkaran Api Pasifik atau Ring of Fire.
“Lingkaran Api Pasifik ditandai di kawasan yang aktif seismik iaitu mempunyai gunung berapi dan kerap menjana gempa bumi bermagnitud tinggi,” tulisnya.
Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia juga turut menafikan isu kejadian gempa bumi yang sedang tular di media sosial.
“MET Malaysia menafikan kejadian tersebut berlaku di Malaysia dan telah mengesan gempa bumi yang sebenar berlaku di Utara Sumatera Indonesia dengan magnitud 4.6 skala Richter pada 9.38 malam, 26 Mei 2021.”-MET Malaysia
Sehubungan itu, MET Malaysia juga menasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang info atau video berkenaan dengan gempa bumi atau tsunami. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat gempa bumi atau tsunami di laman web MET Malaysia atau saluran media sosialnya.
SIARAN MEDIA: PENAFIAN PENULARAN KEJADIAN GEMPA BUMI DI GUA MUSANG, 59KM DARI IPOH, PERAK.#metmalaysia#kementerianalamsekitardanair pic.twitter.com/ErSlfhZwMq
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) May 27, 2021
Perkara ini memberikan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Sumber: SP, www.volcanodiscovery.com dan Omén Necrofis