Tular dakwaan staf benarkan pelancong ‘Mat Saleh’ potong barisan, Pengurus Operasi Lawatan Menara Petronas mohon maaf

Tular dakwaan staf benarkan pelancong ‘Mat Saleh’ potong barisan, Pengurus Operasi Lawatan Menara Petronas mohon maaf

Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai menara KLCC yang tersergam indah di ibu kota sememangnya menjadi kebanggaan ramai rakyat Malaysia.

Kalau nak tengok pemandangan indah seluruh Kuala Lumpur, kita boleh beli tiket dan naik ke atas menara itu untuk melawat Menara Berkembar Petronas tau.

11 1

Namun, baru-baru ini seorang individu yang dikenali sebagai Shamsuddin Nawawi berkongsikan pengalamannya melawat menara tersebut di mana kakitangan Menara Berkembar Petronas itu telah membenarkan pelancong asing Mat Saleh memotong barisan untuk naik ke menara tersebut.

Menurut perkongsian Shamsuddin, dia telah membeli tiket untuk slot lawatan pada jam empat petang dan pelawat hanya boleh beratus untuk mengimbas tiket untuk naik ke menara pada jam 3.45 petang.

Namun, apa yang membuatkan dia tidak berpuas hati ialah apabila ada kakitangan menara itu yang memberi peluang kepada pasangan pelancong Mat Saleh untuk naik pada jam tiga petang sedangkan tiket pasangan Mat Saleh tadi adalah pada jam 4.15 petang.

8

Shamsuddin kemudiannya bertanya kepada kakitangan menara itu mengapa pasangan Mat Saleh itu diberi peluang untuk naik terlebih dahulu sedangkan slot waktunya lebih awal berbanding pasangan itu.

Kakitangan itu mengatakan pihak mereka mempunyai kuasa untuk mendahulukan sesiapa sahaja yang dirasakan perlu namun ia dilihat seperti tidak patut kerana pelancong asing itu dilihat sihat sahaja dan tidak mengalami masalah ketidakupayaan.

Menurut Shamsuddin, kejadian ‘pilih bulu’ itu turut disaksikan oleh pelawat lain turut berada di tempat itu.

Tindakan pihak pengurusan menara Berkembar Petronas yang didakwa pilh bulu dan beri keistimewaan kepada pelancong asing itu telah dikecam hebat oleh netizen.

9

Walau bagaimanapun, setelah kecoh tentang isu ini di media sosial, pihak pengurusan operasi lawatan Menara Berkembar PETRONAS telah tampil mengeluarkan kenyataan di Facebook rasmi mereka.

Dalam kenyataan tersebut, pihak mereka memohon maaf atas insiden yang berlaku dan pihak mereka juga memandang berat akan perkara ini.

10