Netizen dakwa GISBH tukar nama Ikhwan Hotel pada waktu malam

Netizen dakwa GISBH tukar nama Ikhwan Hotel pada waktu malam

 

Tular di media sosial apabila netizen dakwa GISBH gelabah sehingga sanggup menukar nama Ikhwan Hotel yang terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan pada waktu malam.

Difahamkan, penukaran nama hotel ini adalah bagi mengaburi mata orang ramai mengenai tindakan mereka.

Menerusi hantaran video dimuat naik pengguna X firulfireblade, kelihatan beberapa individu sedang berada di hadapan papan tanda Ikhwan Hotel yang dipercayai milik perniagaan kumpulan GISBH itu.

 

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila nama pada papan tanda hotel tersebut sudah ditukar kepada nama lain.

Taktik menukar nama terbabit  dibuat sebelah malam, iaitu selepas beberapa kediaman pemimpin GISBH disebu.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi apabila personaliti televisyen dan mereka juga mendakwa ahli-ahli GISBH gelabah sebaik sahaja melihat penguatkuasa.

Sementara itu, peilik hotel berkenaan memaklukan dia telah menamantkan perkongsian dengan GISBH susulan siasatan polis terhadap syarikat.

Katanya, semua pekerja hotel itu telah meletakkan jawatan selain menjelaskan mereka tidak mahu bergabung dengan GISBH

“Semua pekerja hotel telah meletakkan jawatan.,”katanya yang kini mengendalikan hotel dengan bantuan isteri dan anak-anak.

Pada hari Sabtu lalu,pihak polis menyerbu sebuah rumah tempat tinggal ketua pegawai eksekutif GISB semasa beliau berada di Kelantan.

Rumah berhampiran Kampung Panji itu antara tiga yang diserbu polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Agama Kelantan.

Difahamkan, 30 orang termasuk 20 kanak-kanak tinggal di tiga rumah berkenaan. Mereka termasuk isteri kedua CEO GISB, yang berada di rumah semasa serbuan.

Sekadar info, GISBH kini menjadi tumpuan siasatan polis selepas serbuan dilakukan ke atas 20 rumah kebajikan yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan itu minggu lalu.

Serbuan itu menyaksikan 402 orang, beberapa seawal usia, diselamatkan, namun mangsa telah mengalami pelbagai bentuk eksploitasi dan penderaan, termasuk diliwat.

GISBH bagaimanapun menafikan dakwaan eksploitasi kanak-kanak dan penderaan seksual.