“Tuhan tu Maha Kaya keluar sebiji muka anak pertama yang dikatakan bukan anak dia.. semua yang terlibat saya takkan maafkan” – Rita Rudaini

“Tuhan tu Maha Kaya keluar sebiji muka anak pertama yang dikatakan bukan anak dia.. semua yang terlibat saya takkan maafkan” – Rita Rudaini

 

PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa geram apabila ada pihak mendakwa dia menyekat bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan berjuma dengan dua anak mereka.

Rita, 47, sebaliknya memberitahu netizen sepatutnya simpati terhadapnya kerana tiada siapa mengetahui kepayahannya membesarkan dua anak lelaki tanpa kehadiran seorang suami.

“Tak payah nak konon-konon faham perasaan anak. Yang korang nak sedih dan kesian tu… aku yang berpeluh-peluh ketiak bela anak daripada kecil korang tak kesian?

“Yang di sana sebut sikit nama bermodalkan air liur terus kesian. Saya tak faham… buta hati, buta perut, segala-galanya buta!,” katanya.

Perkara itu dikongsi Rita ketika ditemu bual oleh penerbit program Melodi Michelle Wee yang disiarkan pada Ahad.

Dalam pada itu, Rita memberitahu dia tidak akan lupa apabila anak pertamanya iaitu Airit Rayyan dituduh bukan anak kandung kepada Aidil.

Aktres itu juga berkata dia tidak akan pernah memaafkan sesiapa yang terlibat berhubung isu dia bersama Aidil sewaktu mereka berpisah dahulu.

“Satu benda saya ingat apabila anak pertama saya dikatakan bukan anak dia. Okay baik, anak orang lain… Jadi jangan tengok muka anak aku. Aku tak akan bagi dia dekat.

“Saya tak akan maafkan sampai bila-bila. Saya tak boleh paksa diri kata tidak sebab benda itu kena ikhlas, semua yang terlibat saya tidak akan maafkan sampai bila-bila.

Sementara itu, Rita berkata, dia tidak pernah menghasut anak-anak mereka untuk tidak bertemu bapa mereka seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya katanya, dia tidak boleh memaksa anak-anaknya bertemu Aidil selepas sekian lama tidak bertemu.

“Jasa bapa dia cuma bagi benih saja! Tiada masa saya nak hasut. Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia (Aidil) nak jumpa, Rayyan kata tak nak (jumpa).

“Saya tak boleh nak paksa, korang jangan menilai orang dari segi luaran, buka mata buka hati kena scan betul-betul,” jelasnya.

Untuk rekod, Rita dan Aidil mendirikan rumah pada 2008 namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan, 15 dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

@melodiberapi

Siapa yang mulakan dulu? Pelakon Rita Rudaini dah lama move on, takkan maafkan sampai bila-bila? Hanya Tuhan saja yang tahu keperitan yang dilalui pelakon wanita jelita ini @ritrud727 #fyp #fypシ #meloditv3 #panas #fypシ゚viral

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3