“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa, bukan Adam & Haikal” – Kenyataan Naim Daniel buat penyokong LGBT sentap

“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa, bukan Adam & Haikal” – Kenyataan Naim Daniel buat penyokong LGBT sentap

 

Sejak beberapa hari yang lalu, tular video seorang lelaki yang mahu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diterima di Malaysia.

Luahan lelaki itu mendapat perhatian ramai termasuk penyanyi Naim Daniel. Balasan Naim Daniel yang bersahaja itu ternyata menerima respon pelbagai daripada komuniti pengguna di Twitter.

“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan haikal,” tulisnya ringkas. Kenyataan itu disokong oleh peminatnya tetapi ‘menggores hati’ golongan dan penyokong LGBT di Twitter.

Bagi yang menentang, mereka terus melabel Naim sebagai seorang homophobic dan berkata seseorang yang berstatus selebriti tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Bagi yang menyokong, mereka berkata Naim juga berhak bersuara dan memberi pendapatnya tentang perkara ini. Ciapan berkenaan juga sebenarnya hanya ‘mencuit’ sedikit sahaja isu itu dan tidak pun Naim menulis buruk tentang LGBT.