Tubuh wanita disambar buaya ditemui tidak lengkap, rupanya sempat selamatkan ibu

Tubuh wanita disambar buaya ditemui tidak lengkap, rupanya sempat selamatkan ibu

 

Beberapa hari lalu sempat kecoh tentang berita kehilangan seorang wanita ketika sedang keluar memancing bersama keluarganya di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan, Sabah.

Norsila Sayong yang berumur 32 tahun dikatakan telah pun disambar oleh seekor buaya dalam kejadian kira-kira 3.40 petang pada Sabtu itu.

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 2

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 3

Tubuh Allahyarhamah ditemui penduduk kampung sekitar jam 6.35 pagi dalam keadaan tak lengkap

Setelah pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi, akhirnya Allahyarhamah dijumpai semalam sekitar jam 6.35 pagi oleh penduduk kampung yang bersama menyertai.

Lebih pilu adalah tubuh wanita berkenaan ditemukan dalam keadaan yang tidak lengkap dipercayai angkara binatang buas berkenaan.

Terdahulu, pihak bomba sempat dimaklumkan terdengar pergerakan buaya di sekitar kawasan tersebut.

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 4

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 5

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 6

Dia selamatkan mama dia juga…Dia tolak mama dia jauh-jauh dari dia dan dia yang ditarik masuk ke dalam air

Rupa-rupanya, sewaktu kejadian Allahyarhamah Norsila sempat menyelamatkan si ibu dengan menolaknya jauh.

Walau bagaimanapun, akhirnya dia pula yang ditarik masuk ke dalam air oleh buaya tersebut.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh salah seorang daripada ahli keluarga wanita berkenaan.

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 7

Mak dia tentu orang yang sangat trauma dan sedih tengok anak jadi macam tu

@eones_wong1907

Arwah selamat di kebumikan selepas solat Zohor tadi.. semoga roh mu @Norsihela Sayong di cucuri rahmat.. Allahuma Aamiin.. #fyp #sabahancrew_fams #mangsabuaya

♬ Kemarin – Seventeen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak mengenangkan kejadian yang telah menimpa Allahyarhamah.

Dalam pada itu, ramai tidak lepaskan peluang untuk tinggalkan ucapan takziah kepada ahli keluarga wanita tersebut.

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 8

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 9

Tubuh Wanita Dilibas Buaya Ditemui Tak Lengkap, Rupanya Sempat Selamatkan Ibu 10