Trend viral di TikTok ‘Tak boleh lawan Nisa AI’, akhirnya tuan badan tampil beri penjelasan

Trend viral di TikTok ‘Tak boleh lawan Nisa AI’, akhirnya tuan badan tampil beri penjelasan

 

Sejak kebelakangan ini, ada netizen yang kerap kali memuat naik komen, “Tak dapat lawan Nisa AI”, menimbulkan persoalan siapakah Nisa AI yang dimaksudkan itu.

Persoalan yang sama turut dibangkitkan oleh pempengaruh Norreen di TikToknya susulan menerima banyak komen yang sama sehingga membuatkan dia tidak memahami apa yang sedang berlaku.

@fansaiteam091

Ada Yang boleh lawan Nisa ai menari ❤️❤️#nisay #nisaaimenari #fyp

♬ original sound – AISHH’SHOP – AISHH’SHOP

“Tak sekarang ni aku nak tanya, Nisa AI ni siapa? Asal aku main TikTok, semua duk komen ‘Tak boleh lawan Nisa AI’. Nisa AI ni apa? Main Muay Thai ke apa yang tak boleh lawan dia? Aku tak faham.

“Aku sendiri tak boleh move on pasal PLKN, tiba-tiba Nisa AI. Kalau aku dah cekak leher engkau Nisa…” katanya.

@norreen143_

Apa benda Nisa AI ni

♬ original sound – NORR33N – NORR33N

Semakan di TIkTok mendapati, Nisa AI ini merupakan talent yang bernaung di bawah YouTuber Alieff Irfan (AI), yang sering membuat tarian lemah lembut sambil memejamkan matanya, dengan muzik latar dari Thailand.

Maka bermula dari situlah “Tak dapat lawan Nisa AI” trending di platform berkenaan sehingga terbawa-bawa ke platform lain tanpa mengira apa jua situasi posting di media sosial.

Tindakan segelintir netizen menggunakan ayat trending itu mengundang kemarahan ramai, seolah-olah mereka tidak menghormati situasi serius atau kandungan pihak lain.

Terkesan dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir netizen terbabit, tuan empunya badan, Nisa, tampil memberi penjelasan.

“Saya nak clearkan apa yang sedang hangat sekarang. Tentang video yang saya menari dengan tangan macam tu, sebenarnya hanya untuk suka-suka. Saya dah lama buat begitu di office, nak menghiburkan kawan-kawan.

“Kemudian video itu trending dan saya pun tak sangka video itu boleh trending.

“Disebabkan ada seseorang itu buat trend yang sama dengan saya. Dia buat untuk marketing dia dan kebanyakan kawan saya komen di situ, tak boleh lawan Nisa AI, tak selembut Nisa. Bukan saya yang suruh mereka komen, maaf saya bukan jenis begitu.

“Dan dari situlah titik permulaan orang menganjing atau mengejek “Tak dapat lawan Nisa AI”,” katanya.

@nesslow_

Harap korang semua faham 🙏🏻❤️

♬ Crolatte – Sped Up – Yunan Helmi

Nisa juga membidas segelintir netizen yang memuat naik komen tersebut pada video-video sensitif seperti konflik Palestin, ceramah keagamaan, orang mengalami kemalangan, seperti tiada common sense.

Perbuatan itu katanya bukan sahaja menimbulkan rasa kurang selesa orang lain, malah merosakkan namanya.

“Di kesempatan ini, tolong berhenti atau jangan pernah ada komen begitu sebab ini bukan sahaja saya sahaja. Juga boleh memburukkan nama Alieff Irfan Team (AI Team).

“Tolong berhenti sekarang. Kalau masih ada lagi yang berbuat demikian, memang anda jenis yang tak reti bahasa,” ujarnya.