Trauma gagal selamatkan, keluarga dedah suami mengigau panggil nama isteri berkali-kali

Trauma gagal selamatkan, keluarga dedah suami mengigau panggil nama isteri berkali-kali

 

Sebelum ini, tular mengenai sebuah video memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Redzuan Ismail yang dilihat hanya mampu meraung melihat isterinya terperangkap di dalam kereta yang sedang terbakar dimamah api marak.

Walaupun terselamat dalam nahas yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melibatkan sebuah lori 5 tan dan beberapa buah kenderaan, namun hati Redzuan masih tidak tenteram mengenangkan Allahyarhamah isterinya, Nurul Nazihah.

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook, sepupu kepada Redzuan iaitu Nurul Izzah memaklumkan suami Allahyarhamah masih trauma kerana gagal menyelamatkan isterinya.

Dia masih trauma, tak nak makan & minum… mengigau panggil nama isteri berkali-kali masa tidur malam tadi.

@izzahatikah34567

Kau kuat , kau kena kuat

♬ Sekali Seumur Hidup – Lesti

Apa yang lebih menyayat hati, Redzuan masih terkejut dengan insiden yang berlaku sehingga enggan makan dan minum serta mengigau memanggil nama isterinya berkali-kali ketika tertidur akibat keletihan.

Bini aku tak ada, dompet aku tak ada, handpone aku tak ada, fail client semua terbakar dalam kereta.

Bukan itu sahaja, ibu kepada Redzuan turut meminta sepupunya itu untuk menyimpan video terakhir Allahyarhamah yang sempat dimuat naik beberapa jam sebelum terlibat dalam nahas.

Mak suami minta save video ni untuk kenangan anak dia.. takut video ni hilang.

Info tambahan, kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.47 malam membabitkan empat kenderaan dan enam mangsa iaitu dua maut rentung di lokasi kejadian, manakala empat lagi terselamat.