Trafik terhenti 3km di lebuh raya Changkat Jering-Kuala Kangsar

Trafik terhenti 3km di lebuh raya Changkat Jering-Kuala Kangsar

 

Laluan arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Changkat Jering ke Kuala Kangsar sesak teruk disebabkan sebuah treler rosak pada Isnin.

Kejadian di Kilometer 230.3 itu mengakibatkan lorong kiri dan kanan terhalang dan aliran trafik terhenti sepanjang tiga kilometer (km) sejak jam 6 pagi.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 7.36 pagi meminta orang ramai menggunakan laluan alternatif lain bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

Ciapan itu turut memberitahu lorong kiri dan lorong kanan masih terhalang.

Pengguna dari arah utara dinasihatkan keluar melalui Tol Changkat Jering atau tol sebelumnya.