Trafik sesak arah Utara, Selatan & Pantai Timur

Trafik sesak arah Utara, Selatan & Pantai Timur

 

KEADAAN trafik bagi laluan arah Utara, Selatan dan Pantai Timur dilaporkan sesak terutama membabitkan beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pagi ini.

Berdasarkan laporan trafik dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Facebook, turut mengalami kesesakan adalah di kawasan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Bandar Dalam dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Taman Melawati menuju ke Plaza Tol Gombak hingga ke Lentang.

“Trafik sesak arah Utara; dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung; Bukit Tagar ke Tanjung Malim; Slim River ke Sungkai;
Sungkai ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah; Persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak,” lapor LLM setakat jam 8.50 pagi tadi.

Trafik dilaporkan mulai perlahan di arah Selatan di kawasan Putra Mahkota ke R&R Seremban dan di Port Dickson ke Senawang (Arah Utara) serta di kawasan Ayer Hitam ke Yong Peng.

Sementara itu, berdasarkan ciapan di laman Twitter PLUS, pada jam 9:33 pagi tadi trafik dilaporkan perlahan sepanjang 70 kilometer (km) arah Utara dari Slim River ke Gopeng.

“Kenderaan banyak. Trafik juga perlahan antara Bidor ke Tapah di Jalan Persekutuan,” lapor PLUS.

Menurut PLUS, trafik juga perlahan sejauh 30km arah Utara dari Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan trafik dilaporkan lancar di Jalan Persekutuan.