Trafik lengang di PLUS, LPT

Trafik lengang di PLUS, LPT

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan keadaan trafik lengang di Lebuh Raya menghala Pantai Timur setakat pukul 1.20 tengah hari tadi.

Jalan raya kelihatan lengang di kedua-dua arah KLK@E8 dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2

LLM melalui Twitternya turut memaklumkan keadaan trafik turut lengang di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di kedua-dua arah di Terowong Menora, Seremban, Slim River dan Pagoh setakat pukul 1.14 tengah hari tadi.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak dimanipulasi untuk tujuan pulang beraya bermula hari ini sehingga 21 Julai ini.

Sumber: Kosmo