“Tolong hentikan semua andaian & tuduhan jahat terhadap saya” – Didakwa larikan suami dari hospital, ini respon Raghad

“Tolong hentikan semua andaian & tuduhan jahat terhadap saya” – Didakwa larikan suami dari hospital, ini respon Raghad

 

Kecoh diperkatakan semalam berkenaan laporan dakwaan Tun Abdul Taib Mahmud diculik ketika di hospital oleh salah seorang ahli keluarganya.

Walau bagaimanapun semalam, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib telah menepis dakwaan bahawa beliau membawa suaminya keluar dari hospital yang bertentangan dengan nasihat doktor.

Dalam satu hantaran IG story, Raghad memaparkan sebuah laporan dengan nota jururawat dan menulis,

“Itu tidak benar. Ini buktinya,” kata Raghad.

Img 5093

Dalam nota yang bertarikh 2 Februari, ia memperlihatkan tulisan tangan yang susah dibaca dan dipercayai ditandatangani seorang jururawat bernama Bernadette Tommy.

Namun apa yang lebih mengelirukan, laporan polis juga didakwa dibuat seorang doktor hospital swasta itu tular di media sosial, semalam.

65C0A2B03Aab3 Vs

“Hentikan semua andaian dan tuduhan jahat”

Namun dalam satu surat terbuka kepada media sekitar 1.21 pagi ini, Toh Puan Raghad merayu kepada rakyat Sarawak agar menghentikan tuduhan dan sangkaan jahat terhadapnya.

Malah beliau juga mengakui sedar mengenai tersebarnya berita dakwaan insiden melarikan Abdul Taib dari sebuah hospital pakar di Sarawak.

“Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita di portal dan media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.

“Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun dia orang asing, namun sekarang dia adalah rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.

Malah katanya lagi, dia tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amalnya kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat.

“Dengan ini, saya harap anda semua dapat berkumpul dan mendoakan Tun Taib. Terima kasih,” katanya.

Abdul Taib, 87, telah menamatkan perkhidmatan 10 tahunnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan digantikan dengan anak didiknya, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sebelum ini, Abdul Taib telah menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet negeri dan Persekutuan sejak 1963, serta merupakan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.