Bukan sekadar trend, rupanya ada sejarah di sebalik lirik ‘Tob Tobi Tob’

Bukan sekadar trend, rupanya ada sejarah di sebalik lirik ‘Tob Tobi Tob’

 

Bukan sekadar trend, rupanya ada sejarah di sebalik lirik ‘Tob Tobi Tob’

Sepanjang bulan Ramadan ini, tentu ramai yang sudah mendengar satu muzik “Tob Tobi Tob!” ni dekat mana-mana media sosial, lebih-lebih lagi di platform TikTok bukan?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya muzik yang semakin trending di media sosial ini adakah terdiri daripada alunan ayat suci Al-Quran ataupun sekadar meme?

Apatah lagi, kebanyakan video di For Your Page (FYP) memaparkan pelbagai meme kucing yang disertakan dengan lirik ini, yang membuatkan sesiapa sahaja tak kering gusi menontonnya.

Sebenarnya lirik Tob Tobi Tob ini berasal daripada satu syair klasik Arab yang berjudul Saud Safir al-Bulbul (صوت صفير البلبل) atau “Suara Burung Bulbul”.

Syair ini pertama kali diciptakan oleh seorang ahli bahasa dan penyair terkenal pada zaman Khalifah Abbasiyah, Al-Asma’i.

Kisahnya bermula sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Ja’far al-Mansur memiliki kemampuan menghafal puisi setelah mendengarnya sekali.

Difahamkan, Abu Ja’far al-Mansur sering menguji para penyair dengan meminta mereka mendeklamasikan puisi yang belum pernah didengarnya.

Pada satu hari, muncul seorang penyair Al-Asma’i dikatakan telah mencipta puisi yang kompleks dan sukar dihafal, iaitu “Ṣawt Ṣafīr al-Bulbul”.

Al-Asma’i mendeklamasikan puisi berkenaan dan membuatkan Abu Ja’far al-Mansur tertarik denganya kerana tidak dapat menghafal dalam sekali dengar.

Selepas lebih 1,000 tahun, syair ini dinyanyikan semula oleh seorang penyanyi Arab, Ahmed El Qatane pada tahun 2012.

Siapa sangka, syair ini semakin popular hingga trending selepas disertakan dengan video seekor kucing yang dikenali sebagai Mario.

Lebih mencuit hati, si bulus itu mengenakan pakaian baju Melayu dan berkopiah berwarna hijau, seakan-akan mahu pergi mengaji.

@mrmariomentadomalaysia

mama je yang Paham.. #pageforyou #fpyyyyyyyyyyシ

♬ bunyi asal – Mrmariomentadomalaysia – Mrmariomentadomalaysia

Bahkan, meme ini turut dipaparkan di papan iklan di tengah-tengah pusat bandar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

@nasz2914

🙂 #catmeme #tobtobitobtob #fyp #meme #pavilionkl

♬ tob tobi tob – wsszx.7

Disebabkan penggunaan kata liriknya kreatif menambah daya tarikan dalam syair ini. Sekarang barulah anda tahu dari mana datangnya lirik lagu yang bermain-main di kepala anda setiap masa ini.

Semoga bermanfaat.