TNG eWallet ‘hilang’ daripada App Store, ini respon Touch ‘n Go

TNG eWallet ‘hilang’ daripada App Store, ini respon Touch ‘n Go

 

Aplikasi TNG eWallet daripada Touch ‘n Go didapati sudah lagi tersedia di gudang aplikasi Apple, App Store sejak beberapa minggu lalu, lapor pengguna.

Ini perkara yang agak mengejutkan memandangkan Touch ‘n Go bukanlah nama kecil dan aplikasi eWallet itu sudah menjadi sebahagian besar transaksi pengguna dan peniaga. Malah, penggunaan RFID juga hanya boleh ditambah nilai melaluinya.

Kami telah menyantuni pihak Touch ‘n Go Malaysia di laman Facebook rasmi mereka untuk mendapatkan maklum balasa memandangkan sudah muncul pelbagai spekulasi.

Touch ‘n Go mengesahkan aplikasi TNG eWallet tidak tersedia App Store sepertimana pengguna dapati namun pihak mereka sedang berbincang dengan Apple tentang aplikasi tersebut.

Pengguna iOS yang sudah memasang TNG eWallet dalam peranti mereka bagaimanapun tidak terkesan dan boleh menggunakannya seperti biasa tanpa isu.

tng ewallet hilang app store

Jelas Touch ‘n Go lagi, aplikasi tersebut terus tersedia di Google Play Store dan Huawei AppGallery dan akan kembali ke App Store secepat mungkin.

Antara dakwaan dilontarkan ialah berkenaan ciri NFC yang mana Suruhanjaya Eropah menuduh Apple mendominasi pasaran kerana tidak membenarkan aplikasi pembayaran selain Apple Pay untuk menggunakan fungsi NFC.

Selain itu, ada juga mengatakan TNG eWallet ditarik semula kerana ciri GoPinjam yang menyalahi peraturan ditetapkan di App Store.