TMJ perli ‘suweynasi’, Sanusi sambut lawak sindiran, “Panaih takpa, koyak jangan laa..”

TMJ perli ‘suweynasi’, Sanusi sambut lawak sindiran, “Panaih takpa, koyak jangan laa..”

 

Umum mengetahui konflik yang berlaku antara pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seperti tiada kesudahan.

Mana tidaknya, ‘perang mulut’ yang dilancarkan oleh Tunku Ismail dan Sanusi di media sosial sentiasa menarik perhatian ramai kerana ada sahaja yang isu berbangkit.

TMJ suruh Sanusi diam diri, elak serlahkan kebodohan?

Terbaharu, Tunku Ismail memuat naik hantaran di Insta Story seakan menyindir Sanusi dengan mengatakan Menteri Besar Kedah itu ‘gagal’ menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin di negeri berkenaan.

“Dari dulu, baik zip saja mulut itu. Makin banyak bunyi, makin terserlah kebodohan.

“Pegang semua benda gagal. Negeri gagal, ekonomi gagal, sukan gagal, semua gagal. Ini namanya Pakar Segala Gagal,”tulis Tunku Ismail pada hantaran Insta Story miliknya.

Sanusi sambut sindiran ‘lawak’ TMJ

Tidak berdiam diri, Sanusi dilihat membalas balik sindiran Tunku Ismail dengan mengatakan biarlah menjadi ‘diri sendiri’ dan tidak mudah ‘koyak’ disebabkan isu pengurusan ‘bola sepak’.

“Panaih (panas) takpa, koyak janganlah,”jawab Sanusi.

Anak ‘Raja’ pun koyak teruk noh!

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai meluahkan rasa lucu dan terhibur apabila melihat Tunku Ismail turut terkesan serta ‘koyak’.