Tips hilangkan periuk hangit & berkerak, guna dua bahan saja

Tips hilangkan periuk hangit & berkerak, guna dua bahan saja

 

Kalau ada periuk hangit atau kuali yang berkerak, jangan terus buang sebab ada cara mudah untuk menanggalkan kerak tersebut.

Hanya perlu menggunakan 2 bahan, periuk berkerak kembali menjadi bersih. Ramai dah cuba cara ini, memang menjadi.

Jika anda biasa masak rendang, biasanya periuk akan jadi berkerak seperti ini kerana rendang mengambil masa yang lama untuk dimasak. Selepas ini ikut saja tips ini untuk mencucinya.

Petua Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak Guna 2 Bahan

Kalau ada periuk atau kuali yang berkerak kesan dari terhangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu:

1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.

2. Masukkan 1/2 cawan baking soda dan 1/2 cawan cuka.

3. Biarkan mendidih 10 minit. Tutup api dan biarkan terus terendam.

4. Dah sejuk, bilas dengan air paip. Periuk akan kembali bersih.

P/s: Gambar dari Instagram Preston & Co.