Tips buat terung goreng berlada, warna kekal menarik & tak pucat

Tips buat terung goreng berlada, warna kekal menarik & tak pucat

 

Terung goreng berlada merupakan antara menu masakan bersumberkan sayur terung yang mudah dimasak.

Selain menggunakan empat bahan asas dalam membuat hidangan goreng sambal berlada, proses memasaknya juga tidak renyah.

Namun, ada kalanya terung yang digoreng bertukar warna pucat dan terlalu lembik sehinga visualnya kelihatan kurang menarik.

Kalau nak tahu, sebenarnya terdapat ‘trick‘ yang mudah untuk mengekalkan warna ungu terung yang asli. Jom lihat perkongsian tips Puan Arieza Rieza di bawah.

Terung Goreng Berlada

Terung goreng berlada pedas-pedas. Ramai yang minta resipi, saya ‘up’ kan resipi.

Tips nak kekalkan warna ungu:

Masa menggoreng terung pastikan kulit terung yang warna ungu (purple) ada di atas, biar bahagian bawah sahaja kena minyak.

Resepi Terung Goreng Berlada

Bahan A:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili besar

Tumbuk bahan A dan anggaran bahan ikut anda suka nak letak banyak mana.

Bahan B:

  • Terung ikut saiz  dan goreng dulu
  • Ikan bilis kecil sedikit

Cara memasak:

  1. Mula-mula, potong terung ikut saiz  bersesuaian dan goreng dalam minyak panas.
  2. Apabila dah masak, angkat terung keluar.
  3. Minyak lebihan goreng terung tadi, kemudiannya digunakan untuk menggoreng ikan bilis pula.
  4. Bila dah garing masukkan bahan ditumbuk.
  5. Kemudian masukkan air garam perasa dan gula.
  6. Kacau-kacau sekejap, lepas itu masukkan terung.
  7. Gaul rata dan dah siap!