Tip mudah masak pulut, guna ‘rice cooker’ pun pulut lembut & elok je!

Tip mudah masak pulut, guna ‘rice cooker’ pun pulut lembut & elok je!

 

Memasak pulut bukanlah semudah yang disangka seperti memasak nasi.

Hal ini kerana terdapat beberapa elemen yang perlu diperhatikan seperti sukatan air dan waktu mengukus pulut yang lebih lama.

Tapi, katanya ada cara masak pulut dengan lebih mudah iaitu menggunakan periuk nasi?

Berdasarkan perkongsian Siti Asrien Mohd Hassan , ada tips untuk kukus atau tanak pulut menggunakan periuk nasi dan hasilnya menjadi elok seperti dikukus guna periuk biasa.

Cara Masak Pulut Guna Periuk Nasi

cara masak pulut

Tips dan cara dari seorang kawan untuk tanak pulut dengan rice cooker. Ramai yang masih belum cuba bukan?

-Basuh beras bersama sedikit garam, untuk dapatkan effect berkilat

-Basuh 3/4 kali basuhan

-Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari…(jari di atas beras)

-Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap.. Tak boleh longgar (supaya wap panas tak keluar)

-Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM. Jangan buka tudung periuk langsung sehingga masak..InsyaAllah pulut cantik!

cara masak pulut

*Lepas WARM pun jangan terus buka, biarkan 5-10 minit baru bukak penutup untuk bagi pulut masak dengan wap panas. Dah setahun lebih guna tips/cara ini tanak pulut…buat tapai pun senang, tak payah kukus.