Tip masak ikan keli guna air fryer, minyak tak terpercik, isi ikan jadi lembut di dalam garing di luar

Tip masak ikan keli guna air fryer, minyak tak terpercik, isi ikan jadi lembut di dalam garing di luar

Bagi penggemar ikan keli, pasti korang suka masakan ikan keli yang bermacam-macam kan? Ada masakan sambal, goreng dan sebagainya.

Untuk menggoreng, kadang-kadang kita risau takut terpercik minyak bila menggoreng. Rupanya kita boleh memasak ikan keli menggunakan air fryer. Hasilnya sama macam digoreng di atas dapur, rangup di luar dan lembut di dalam.

Selepas ini tak perlu risau ikan keli meletup-letup dah, guna je air fryer! Jom kita tip masak ikan keli guna air fryer yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim di bawah. Selamat mencuba!

Tip Masak Ikan Keli Guna Air Fryer, Hasilnya Isi Garing Di Luar & Moist Di Dalam

Bahan-Bahan:

  • Ikan keli
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk cili
  • Tepung jagung
  • 2 sudu minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Cuci ikan keli sehingga bersih. Kemudian kelar ikan keli rapat-rapat.
  2. Seterusnya, lumurkan ikan keli dengan serbuk kunyit, garam, serbuk cili, tepung jagung dan 2 sudu minyak masak.
  3. Lumur sehingga semuanya rata pada ikan keli.
  4. Lapikkan air fryer dengan aluminium foil.
  5. Letakkan ikan dan bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.
  6. Selepas 15 minit, terbalikkan ikan dan sambung bakar selama 10 minit lagi.
  7. Hasilnya, ikan keli akan menjadi garing di luar dan lembut di dalam.
  8. Lebih sedap jika dicicah dengan sambal kicap. Selamat mencuba!tip masak ikan keli guna air fryertip masak ikan keli guna air fryer tip masak ikan keli guna air fryer

Haaa bila dah tahu tip masak ikan keli guna air fryer ni bagus kan. Tak payah risau minyaak terpercik lagi. Barulah selamat dari kena minyak. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba!