Tip ‘defrost’ ayam beku tak sampai 10 minit dah boleh terus masak, ibu-ibu boleh cuba

‘Keluarkan ayam dalam peti sejuk, nanti mak balik nak masak’
Itu merupakan ayat mak-mak sekiranya mereka keluar pada waktu pagi dan pulang ke rumah pada tengahari.
Walaupun perminataan tersebut adalah ringkas dan perkara yang perlu dilakukan mudah namun anak-anak memilih untuk menangguh melakukannya kerana sedang ‘syok’ menonton televisyen atau bermain permainan video.
Namun apabila bunyi kenderaan semakin menghampiri, mereka mula menjadi cacing kepanasan dan berasa tidak keruan kerana ayam masih lagi tidak dikeluarkan dalam peti sejuk beku.
Untuk pengetahuan buat mereka yang tidak pernah mengalami situasi seperti ini, ayam yang dibekukan perlu melalui proses nyah beku sebelum dimasak.
Ayam yang disejuk beku perlu dinyah beku selama beberapa minit bagi memastikan ia dapat dimasak dengan sempurna.
Pun begitu tidak perlu risau kerana ada satu cara yang membuatkan ayam nyah beku dengan sepantas lima minit sahaja.
Guna dua bahan sahaja
Menerusi perkongsian @annepermata dia mengajar dan berkongsi cara untuk memastikan ayam boleh dimasak dengan cepat walaupun baru keluarkan dari peti sejuk.
Ujarnya, tips yang diberi ini khas untuk mereka yang mempunyai kesabaran yang tipis, lebih-lebih lagi mereka yang mahu masak dengan cepat.
Kebiasaannya, orang ramai akan keluarkan ayam dari peti sejuk dan rendam dengan air biasa.
Sekiranya kesuntukan masa, sesetengah mereka memilih untuk merendam ayam tersebut menggunakan air panas, dengan harapan ia akan cepat terlerai antara satu sama lain.
Jelasnya, gunakan dua bahan sahaja untuk melakukan proses tersebut dan masa yang diambil juga tidak banyak.

“Campurkan satu sudu garam dan cuka ke dalam rendaman ayam yang direndam dengan air suam.
“Kemudian, gaulkan dan tunggu lima hingga 10 minit,” katanya.
Tambahnya, cara tersebut juga boleh digunakan pada makanan laut dan hasil boleh dilihat sepantas lima minit sahaja.
“Untuk makanan laut boleh direndam selama lima minit, manakala daging dan ayam selama tujuh minit,” jelasnya.
Dengan hanya masa tidak lebih daripada 10 minit, ayam tersebut telah dinyah beku dan sedia untuk dimasak.
@annepermata Kalo udah gini dari semangat masaknya masih 100 sampe ga mood, ayamnya masih aja beku😭 #annekasihtaunih #tipsandtricks #tipsdapur #tipsmasak #fyp #foryoupage #annepermata