Tindakan pemandu bas RapidKL papar mesej mohon maaf kerana lewat buat ramai ‘cair’

Tindakan pemandu bas RapidKL papar mesej mohon maaf kerana lewat buat ramai ‘cair’

 

Jujurlah, siapa je yang suka bila kenderaan awam yang kita nak naik tak tiba mengikut jadual dan sangat jaranglah pemandu akan memohon maaf atas kelewatan tersebut.

Namun, baru-baru ini seorang pemandu bas RapidKL tular kerana memaparkan mesej permohonan maaf kepada penumpangnya yang rata-ratanya merupakan pelajar universiti yang ingin pulang ke asrama.

Menurut video yang dikongsikan di TikTok tersebut, pelajar yang menggunakan nama not.memerang tersebut terpaksa menunggu lebih lama dari biasa kerana bas yang dinantikan tiba tidak mengikut jadual yang disediakan.

“Maaf tunggu lama, nanti saya hantar awak balik asrama” 

Pun begitu, ketika bas tersebut tiba, dia mendapati terdapat paparan mesej oleh pemandu bas berkenaan di paparan LED bas tersebut yang memohon maaf atas kelewatan dan akan menghantar kesemua yang menanti ke asrama.

Ezgif Horz

Menurut laporan, pelajar yang dikenali sebagai Redza itu memberitahu dia tiba di stesen bas berkenaan pada jam 10.15 malam manakala bas tiba 15 minit kemudian.

ambahnya lagi, sebelum bas berkenaan beredar, dia menyedari ramai mengerumun bahagian depan bas dan mengeluarkan telefon masing-masing. Kemudian barulah dia menyedari tentang mesej permohonan maaf yang dipaparkan pada LED bas berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, menurut Redza, pemandu tersebut juga tidak berhenti-henti memohon maaf kepada semua pelajar sambil tersenyum.

@not.memerang

comeiiii #foryoupage #fypシ #upm #rapidkl

♬ Tak Ingin Pisah Lagi sped up creammarkie – @𝐁𝐞𝐭𝐭𝐲🦋͜ᩘ

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat lebih 300 ribu tontonan dan rata-rata berasa tindakan pemandu tersebut membuatkan mereka ‘cair’ dan ada juga yang merasakan ia sesuatu yang lucu.