“Jangan fitnah orang curang” – Timbul spekulasi dakwa Fattah Amin jadi ‘kambing hitam’?

“Jangan fitnah orang curang” – Timbul spekulasi dakwa Fattah Amin jadi ‘kambing hitam’?

 

Setelah pendedahan wujud orang ketiga dalam rumah tangga Fazura, ada pula spekulasi dakwa Fattah Amin hanya ‘kambing hitam’ dalam isu terbabit memandangkan dia seorang suami yang baik.

Menerusi perkongsian dibuat oleh pengguna X yang menggunakan nama akaun Dunchess Isley, dia telah memuat naik satu tangkapan layar pendedahan seseorang yang menyatakan kenal dengan penata tudung Fazura, Syira Atiqah.

Dalam kenyataan yang ditulis, dia meminta orang ramai berhenti menyalahkan wanita tersebut kerana ada ‘plot twist’ disebalik dakwaan Fattah berlaku curang terhadap isterinya.

Menurut individu terbabit lagi, Syira telah menerima banyak komen dan kebencian dan tuduhan palsu mengatakan dia seorang penyondol.

Tuduhan tersebut juga mendakwa bahawa ada wartawan yang ‘dibayar’ bagi menulis berita yang tidak sahih itu.

“Saya dah kenal Syira beberapa tahun. Dia mula bersama seseorang yang baru selepas bercerai, jadi bukan dia yang sondol Fattah. Fattah tak pernah curang dengan orang yang disebut. Mereka dah macam keluarga sebab Syira juga babysit Fatima,” tulisnya.

Dia juga mendakwa bahawa situasi Fattah Amin lebih menyedihkan kerana hanya menjadi suami yang mengikut sahaja dan tidak banyak bercakap.

Individu terbabitu turut menyatakan yang aktor tersebut hanya dikambinghitamkan untuk menjaga reputasi isterinya.

Kadang-kadang kita dapat suami yang baik tapi isteri jenis suka private party. Dia yang ada orang lain tapi dikambing hitamkan orang terdekat untuk jaga reputasi,” ujar individu itu lagi.

Di akhir penulisan tersebut, individu berkenaan mendoakan yang terbaik buat kenalannya, Syira agar mendapat kehidupan yang lebih baik.

Dia tidak dapat membantu wanita itu dalam kes berkenaan kerana sudah berada dalam bidang perundangan yang berbeza.

Walau bagaimanapun, kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana Fattah Amin dan Fazura langsung tidak membuka mulut berkenaan masalah rumah tangga mereka.

Fattah Amin cuma memberitahu bahawa dia masih menyayangi isterinya dan hanya mengetahui tentang berita Fazura menfailkan tuntutan cerai melalui sosial media.

Semoga mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang tanpa campur tangan mana-mana pihak.