Timbalan Presiden Pas ingatkan ahli agar bersedia hilang kerajaan

Timbalan Presiden Pas ingatkan ahli agar bersedia hilang kerajaan

 

Ketika menyampaikan ceramah perdana menerusi dalam talian malam tadi Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man (Tuituman) mengingatkan ahli Pas mengenai sesuatu yang boleh berlaku tanpa diduga.

Salah satu ialah mengenai kehilangan kerajaan PN.

“Hal ini (kemungkinan kerajaan PN) akan hilang hendaklah dibubuh (ada) dalam kepala semua ahli Pas,” begitulah nasihatnya. Nasihat itu bukan apa bagi mengelakkan ahli dan penyokong Pas terkejut kalau itu berlaku nanti.

Terseriau juga bola roma saya mendengar peringatan dan nasihat itu. Apakah Tuituman sudah dapat mengagak atau terbau akan keranda PN diusung tidak lama lagi?

Eloklah kepada ahli Pas dan penyokong parti agama itu berhati-hati dan bersiap sedia. Jangan “mangak” (sombong) sangat dengan kuasa. Sebaik-baiknya gunakan kuasa yang ada untuk menambahkan erti kepada perjuangan parti tersebut.

Saya bukan setuju sangat kalau kerajaan PN tumbang, sebaliknya rasa seronok sedikit kerana selepas ini boleh dengar Pas akan menyambung semula perjuangan dan nekad mereka yang tertangguh, untuk meminda akta RUU 355, membela anggota Bomba yang meninggal, lancar kempen tutup kilang arak, lancar kempen menutup aurat dan lain-lain.

Sumber: MH Daily