TikToker Somalia teruja lihat wanita Islam di Malaysia pakai telekung cantik untuk solat

TikToker Somalia teruja lihat wanita Islam di Malaysia pakai telekung cantik untuk solat

 

Telekung difahami umum sebagai sejenis kain berbidang besar, yang digunakan oleh golongan wanita untuk menunaikan solat.

Wanita di Malaysia lazimnya memakai telekung untuk menunaikan solat supaya lebih yakin dalam menutup aurat.

Bagaimanapun, solat seorang wanita masih sah jika dia tidak mengenakan telekung sekiranya pakaian sedia adanya itu telah menutupi aurat.

Baru-baru ini, seorang TikToker dari Somalia yang dikenali sebagai Sagal Ali menunjukkan keterujaannya dengan memuji kecantikan telekung yang dipakai wanita Malaysia.

Menerusi perkongsian sebuah video, Sagal Ali yang menetap di negara ini menyifatkan wanita di Malaysia sering kali memakai pakaian ibadah yang cantik setiap kali ingin menunaikan solat.

@yourtypicalcouple

Women in Malaysia when they pray #malaysia #pray #islam

♬ original sound – Sagal Ali

“Satu perkara yang saya perasan dilakukan wanita di negara ini ialah apabila mereka ingin menunaikan solat, mereka selalu memakai pakaian solat yang sangat cantik.

“Saya tidak bercakap mengenai mereka yang tidak memakai tudung, sudah tentunya mereka perlu membawa tudung untuk solat. Saya bercakap mengenai wanita Malaysia yang memakai tudung yang sempurna di mana mereka sentiasa membawa pakaian solat dan ia sangat cantik,” katanya.

Tambahnya, dia tidak pernah melihat budaya lain yang menunjukkan kecantikan pakaian seperti telekung ketika melakukan ibadah.

Dalam video itu juga, dia mengenakan telekung berwarna merah jambu pastel bersama anak perempuannya dalam sebuah masjid.

Meninjau ke ruangan komen, netizen Malaysia turut berkongsi pengalaman telekung dipuji oleh warganegara lain.

Ada juga yang baru mengetahui bahawa tidak semua umat Islam menggunakan telekung untuk menunaikan ibadah.

Screenshot 2024 04 02 161328 Screenshot 2024 04 02 161350

Telekung kita memang cantik-cantik semuanya!