TikToker Amerika ucap dua kalimah syahadah, tertarik tengok tahap keimanan rakyat Pale.stin

TikToker Amerika ucap dua kalimah syahadah, tertarik tengok tahap keimanan rakyat Pale.stin

 

Seorang influencer barat dikenali sebagai Megan Rice telah berkongsi kegiatannya yang sedang tekun mengkaji al-Quran di aplikasi TikTok.

Perkongsian-perkongsian yang dibuat  itu telah mencetuskan satu gerakan yang dikenali sebagai ‘non Muslim reading Quran’ dan dia sentiasa memuat naik apa yang telah dipelajari setelah membaca terjemahan isi al-Quran di media sosial.

Hidayah Allah sampai kepadanya

Ternyata, hidayah Allah S.W.T sampai kepadanya apabila Megan dikatakan telah mengucap dua kalimah syahadah menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok sambil disaksikan beberapa individu serta mereka yang menonton di live tersebut.

@abostani

Welcome sis. @Megan Rice to your new life! #muslim #muslimtiktok #fyp #foryou #islam #shahada

♬ original sound – abostani

Influencer barat sah peluk Islam dibimbing ustaz secara live

Dapat dilihat yang influencer berkenaan sangat gembira selepas selesai mengucap syahadah sambil dibimbing seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Ahmad Bostani.

@megan_b_rice

#tiktoklive with @abostani

♬ original sound – Megan Rice

Influencer Barat dihujani doa dari warganet Muslim

Ruangan komen di TikTok influencer itu telah dihujani dengan pelbagai doa dan kata-kata baik terutamanya daripada warganet beragama Islam kerana tahu perjalanannya yang giat mengkaji kitab suci al-Quran sebelum ini.

Difahamkan, selain daripada mempelajari qalam Allah itu, dia juga sangat lantang dalam menyuarakan solidariti kepada penduduk Palestin yang sedang berjuang mempertahankan Tanah Air.

@megan_b_rice

#freepalestine🇵🇸

♬ original sound – Megan Rice