Tiga negeri bertukar PKPP, enam lagi kekal PKPB

Tiga negeri bertukar PKPP, enam lagi kekal PKPB

Kedah, Perak dan Negeri Sembilan yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) kini ditukar kepada PKP Pemulihan mulai 19 Mac hingga 31 Mac.

Manakala, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak kekal berstatus PKPB bagi tempoh itu dengan Sarawak bermula 16 Mac hingga 29 Mac.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun aktiviti merentas negeri masih dilarang kecuali melalui gelembung perjalanan yang diuruskan sektor pelancongan.

“Hanya rentas daerah sahaja dibenarkan kecuali bagi Sabah dan Sarawak yang melarang aktiviti rendah daerah di negeri masing-masing.

“Negeri dan wilayah yang kekal dalam PKPP antaranya Perlis, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan,” katanya pada sidang media perkembangan PKP hari ini. – HM