Tiga lokaliti di Sabah, Perak dikenakan PKPD

Tiga lokaliti di Sabah, Perak dikenakan PKPD

Sebanyak tiga lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 17 Julai sehingga 30 Julai 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga lokaliti di Sabah adalah Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang dan Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau.

“Tiga lagi lokaliti di daerah Kerian, Perak adalah, Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung serta Kampung Binjai.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan ini sama sahaja seperti yang telah ditetapkan sebelum ini,” jelasnya.

Sumber: Kosmo